Saturday 20 August 2011

Supervisor Terbaik?

1. Dalam syarikat Coolblog, terdapat beberapa orang penyelia (supervisor) yang dilantik untuk mengetuai beberapa department dan kiosk. Mereka biasanya terdiri daripada pekerja senior yang berpengalaman atau yang mempunyai kelayakan memegang jawatan terbabit. Dengan sedikit kemahiran mengampu atau mengipas sudah cukup untuk diangkat menjadi ketua walaupun kadang kala kurang bijak bila bekerja dalam membuat keputusan. Segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dengan mudah diterima pakai oleh pengarah atau boss walaupun kadang-kadang ada yang berbentuk provokasi atau dengan tujuan menganiaya pekerja lain yang tidak sebulu dengannya.

2. Ada antaranya pernah mendapat anugerah pekerja terbaik semasa sambutan majlis makan malam tahunan (annual dinner) beberapa bulan yang lalu. Lebih hebat lagi ada yang memenagi hadiah terbesar cabutan bertuah sehingga sanggup memeluk Mr. Eng lantaran kegembiraannya dan sebagai tanda terima kasih kerana mendapat hadiah tersebut.

3. Yang menjadi persoalan adakah mereka benar-benar terbaik? Dari sumber-sumber yang diperolehi warehouse department contohnya dengan keadaan susunan barangan yang tidak teratur, tunggang-langgang, kesilapan produk/produk tertinggal dalam penghantaran dan masalah-masalah lain yang sering berulang dan berulang, wajarkan supervisor yang mengetuai department berkenaan digelar supervisor terbaik? Hanya kerana beliau telah bekerja sekian lama dan mampu mendabik dada sebagai pekerja paling senior? Begitu juga production department yang diketuai oleh Ali yang sememangnya diketahui umum sebagai pengampu nombor satu Coolblog. Dengan keadaan pengeluaran yang tidak konsisten, sukatan timbang tidak tepat sehingga menimbulkan aduan dari pelanggan franchaisee, tahap komunikasi dan kerjasama antara pekerja yang kurang memuaskan wajarkah beliau juga digelar pekerja terbaik?

4. Tidak kurang juga dengan kiosk. Setiap kiosk biasanya diketuai oleh seorang supervisor. Mereka juga terdiri daripada pekerja senior berpengalaman yang telah mendapat kepercayaan boss untuk menerajui kiosk-kiosk tertentu. Ada antara kiosk yang memberikan layanan kurang memuaskan kepada pelanggan. Kiosk Coolblog Jusco Tmn Universiti contohnya, ada antara pekerja kiosk yang sering menengking dan memarahi pelanggan yang banyak karenah. Tahukah mereka dalam perniagaan pelanggan adalah raja? Pelanggan berhak mendapat layanan terbaik sesuai dengan wang yang dibayar. Pun begitu supervisor kiosk berkenaan juga dianggap terbaik.

5. Memang benar kesilapan dilakukan oleh para pekerja bawahannya tetapi sebagai ketua atau supervisor, mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak buahnya. Sebab itulah supervisor dibayar gaji lebih untuk memikul tanggungjawab yang lebih. Bukan untuk mendabik dada, berlagak sombong dan bangga kerana dinaikkan pangkat sebagai ketua.

No comments:

Post a Comment