Monday 3 October 2011

Penilaian Prestasi Pekerja Coolblog

1. Baru-baru ini setiap pekerja warehouse diberikan satu tahap penilaian prestasi berdasarkan berapa banyak counter (kiosk) yang telah dibuat persediaan stok untuk dihantar keesokan harinya atau pada hari  
yang telah ditetapkan. Ini adalah idea Cindy Thia sebagai warehouse manager.Mungkin bertujuan untuk kenaikan gaji atau bonus tahunan.

2. Akan tetapi adalah kurang bijak untuk menilai prestasi pekerja dengan cara begini. Ini kerana ada pekerja yang terlalu rajin akan berusaha membuat persediaan seberapa banyak counter yang termampu demi untuk mendapat nama walaupun dengan taktik kotor.

3. Ini boleh menyebabkan berlaku ketidak adilan kepada pekerja yang lain seterusnya menggambarkan bahawa pekerja lain tidak buat kerja, hanya seorang dua sahaja yang rajin dan betul-betul buat kerja. Buktinya ada pekerja yang mampu capai sehingga lebih 40 counter sebulan dan ada yang hanya 2 counter. Mengapa ini berlaku? Jawapannya kerana ada monopoli.

4. Menyedari hal ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati kepada kedua-dua supervisor (warehouse dan production). Lalu dicadangkan setiap PO diserahkan terus kepada warehouse supervisor untuk dibahagi sama rata kepada semua pekerja. Tetapi pelaksanaannya hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Tidaklah menghairankan seperti yang semua ketahui, kedua-dua supervisor ini hanya pandai bercakap tetapi agak malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Setiap bulan hanya tunggu gaji dan komisyen, setiap tahun tunggu naik gaji dan bonus, itu sahaja.

5. Penilaian prestasi pekerja seharusnya dilihat dan dinilai secara keseluruhan tugas yang dilakukan oleh seseorang pekerja itu termasuk kedatangan dan sebagainya. Ini kerana ada pekerja kurang 'ambil order' tetapi sibuk dengan kerja-kerja lain yang tidak kurang pentingnya. Penilaian juga tidak seharusnya 100 peratus dilakukan oleh supervisor semata-mata seperti yang biasa dilakukan kerana boleh menjurus kepada diskriminasi atau pilih kasih lantaran dinilai oleh mereka yang tidak profesional. Janganlah mudah membuat andaian bahawa ada pekerja yang suka curi tulang waktu kerja walhal semua pekerja menyumbang kepada kemajuan syarikat.