Monday 18 June 2012

Konflik dalaman warehouse Puchong

1. Terlebih dahulu saya meminta maaf kepada rakan-rakan pemberi maklumat dalaman Coolblog kerana sudah sekian lama saya tidak dapat mengemaskini laman blog ini lantaran kesibukan saya menulis blog-blog mengenai senario politik tanahair lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Selaku blogger, saya sendiri mengendalikan 12 laman blog, 9 daripadanya laman blog politik dan selebihnya laman blog umum.

2. Baru-baru ini terdapat konflik yang melibatkan staff warehouse dan office di Puchong. Punca konflik tercetus kononnya dikatakan Zakiah selaku assistant admin sering melakukan kesilapan dan tidak tahu buat kerja walaupun berbulan-bulan beliau telah bekerja di Coolblog. Nizam yang panas baran sering menengking dan memarahi Zakiah setiap kali melakukan kesilapan. Zakiah pula mendakwa Nizam seorang yang tidak mengenang budi kerana ketika Nizam gagal mendapatkan pekerjaan lain setelah resign dari Coolblog, Zakiahlah yang membantunya menyertai semula syarikat walaupun menyedari tindakan Nizam itu tidak wajar kerana tidak mengikut peraturan syarikat. Fairus pula sering bersekongkol dengan Nizam sehinggalah satu warning latter telah diberikan oleh Cindy Thia kepada Zakiah akibat termakan hasutan Nizam dan Fairus.

3. Langkah Cindy mengenakan tindakan tatatertib tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu dan tidak memberi peluang Zakiah membela diri adalah amat dikesali sekaligus kredibiliti beliau sebagai manager boleh dipersoalkan. Tindakan berat sebelah Cindy itu tidak menggambarkan beliau seorang ketua yang berwibawa hanya kerana hendak menjaga hati Fairus yang merupakan 'nyawa' utamanya di warehouse Puchong, sanggup mempercayai 100% apa yang diperkatakannya.  Cuba bayangkan Zakiah yang sering tertekan dengan bebanan kerja yang banyak semua perlu dilakukannya seorang diri sedangkan Fairus hanya membesarkan tubuhnya di kerusi eksekutif yang disandangnya beberapa bulan lalu.

4. Begitulah sikap orang Melayu bila mendapat pangkat dan kuasa. Perbuatan mengadu domba, mensabotaj dan menjatuhkan sesama bangsa menjadi lumrah lantaran sikap ego dengan kedudukan dan jawatan yang dipegang. Seperti Dr. Mahathir pernah kata.. Melayu Mudah Lupa, memang ada kebenarannya. Senario ini amat disenangi oleh pihak majikan kerana bila pekerja tidak bersatu dan saling bertelagah sesama sendiri, dibimbangi akan diambil kesempatan dengan mengenakan berbagai peraturan, undang-undang dan tekanan terhadap pekerja kerana yakin pihak pekerja tidak mampu membantah kerana mereka tidak bersatu.

Monday 3 October 2011

Penilaian Prestasi Pekerja Coolblog

1. Baru-baru ini setiap pekerja warehouse diberikan satu tahap penilaian prestasi berdasarkan berapa banyak counter (kiosk) yang telah dibuat persediaan stok untuk dihantar keesokan harinya atau pada hari  
yang telah ditetapkan. Ini adalah idea Cindy Thia sebagai warehouse manager.Mungkin bertujuan untuk kenaikan gaji atau bonus tahunan.

2. Akan tetapi adalah kurang bijak untuk menilai prestasi pekerja dengan cara begini. Ini kerana ada pekerja yang terlalu rajin akan berusaha membuat persediaan seberapa banyak counter yang termampu demi untuk mendapat nama walaupun dengan taktik kotor.

3. Ini boleh menyebabkan berlaku ketidak adilan kepada pekerja yang lain seterusnya menggambarkan bahawa pekerja lain tidak buat kerja, hanya seorang dua sahaja yang rajin dan betul-betul buat kerja. Buktinya ada pekerja yang mampu capai sehingga lebih 40 counter sebulan dan ada yang hanya 2 counter. Mengapa ini berlaku? Jawapannya kerana ada monopoli.

4. Menyedari hal ini telah menimbulkan rasa tidak senang hati kepada kedua-dua supervisor (warehouse dan production). Lalu dicadangkan setiap PO diserahkan terus kepada warehouse supervisor untuk dibahagi sama rata kepada semua pekerja. Tetapi pelaksanaannya hanyalah hangat-hangat tahi ayam. Tidaklah menghairankan seperti yang semua ketahui, kedua-dua supervisor ini hanya pandai bercakap tetapi agak malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Setiap bulan hanya tunggu gaji dan komisyen, setiap tahun tunggu naik gaji dan bonus, itu sahaja.

5. Penilaian prestasi pekerja seharusnya dilihat dan dinilai secara keseluruhan tugas yang dilakukan oleh seseorang pekerja itu termasuk kedatangan dan sebagainya. Ini kerana ada pekerja kurang 'ambil order' tetapi sibuk dengan kerja-kerja lain yang tidak kurang pentingnya. Penilaian juga tidak seharusnya 100 peratus dilakukan oleh supervisor semata-mata seperti yang biasa dilakukan kerana boleh menjurus kepada diskriminasi atau pilih kasih lantaran dinilai oleh mereka yang tidak profesional. Janganlah mudah membuat andaian bahawa ada pekerja yang suka curi tulang waktu kerja walhal semua pekerja menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Sunday 28 August 2011

Pekerja Bermasalah

1 . Adalah menjadi matlamat syarikat untuk memastikan setiap pekerja Coolblog sama ada kiosk ataupun warehouse bekerja dalam suasana ceria dan happy. Ini diakui sendiri oleh Mr. Eng dalam satu meeting yang mana beliau mengatakan bahawa bajet bukanlah satu masalah besar dalam membawa pekerja bercuti sambil menghadiri kursus seperti yang dilakukan baru-baru ini. Yang penting adalah semua pekerja dapat bekerja dengan happy, ceria tanpa stress dan tekanan.

2. Akan tetapi terdapat segelintir pekerja dalam organisasi Coolblog yang bermasalah menjadi penghalang kepada matlamat itu. Ini kerana pekerja bermasalah terutama yang memiliki pangkat sering memberi tekanan dan stress kepada pekerja bawahannya disamping sikap ego dan gila kuasa yang menebal dalam dirinya.

3. Berdasarkan sumber-sumber dalaman Coolblog, di dalam warehouse department, Ali adalah pekerja paling bermasalah dalam Coolblog. Dengan sikapnya yang kaki ampu, panas baran, gemar memaki hamun dan memburuk-burukkan orang atau pekerja lain selain tidak mahu bekerjasama dengan pekerja yang tidak sebulu dengannya, telah memberi banyak tekanan dan stress kepada pekerja yang lain. Pernah juga dia memaki dan memarahi pemandu lori yang menghantar barang walhal orang itu lebih tua daripadanya hanya kerana pemandu tersebut tidak mahu pakir lori dalam kawasan kilang. Sikap sebegini telah memberi gambaran buruk kepada pihak luar terhadap Coolblog.

4. Seluruh warehouse sudah masak dengan perangai buruknya itu. Apa tidaknya, buat kerja ikut suka, lebih boss daripada boss, suka-suka keluar ikut lori dan kurang mematuhi arahan Mr. Eng dan Mrs. Pang.  Tiada siapa yang berani melawan arahannya kerana takut dikenakan tindakan. Rata-rata pekerja warehouse tidak mahu berkawan dengan Ali dan kalau ada yang layan berbual pun cuma kerana terpaksa atau sekadar untuk menyedapkan hatinya seperti Mohd Nor. Maklumlah supervisor. Hanya Halim (pemandu lori) satu-satunya balaci yang boleh layan dengan perangai Ali. Sebab itulah dia gemar keluar mengikut lori Halim menghantar stok barangan demi mengejar elaun transport walaupun menyedari posisinya adalah supervisor dan bukan kelindan.

5. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai juga, Mr. Eng dan Mrs. Pang sudah lama menyedari tentang hal ini dan diakui juga sudah lama bosan dengan sikap Ali. Kalau kelihatan baik pun sekadar berlakon depan-depan sahaja. Hakikatnya kedua-dua big boss itu hanya menunggu surat resign dari Ali sebagai jalan penyelesaian.


Saturday 20 August 2011

Supervisor Terbaik?

1. Dalam syarikat Coolblog, terdapat beberapa orang penyelia (supervisor) yang dilantik untuk mengetuai beberapa department dan kiosk. Mereka biasanya terdiri daripada pekerja senior yang berpengalaman atau yang mempunyai kelayakan memegang jawatan terbabit. Dengan sedikit kemahiran mengampu atau mengipas sudah cukup untuk diangkat menjadi ketua walaupun kadang kala kurang bijak bila bekerja dalam membuat keputusan. Segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dengan mudah diterima pakai oleh pengarah atau boss walaupun kadang-kadang ada yang berbentuk provokasi atau dengan tujuan menganiaya pekerja lain yang tidak sebulu dengannya.

2. Ada antaranya pernah mendapat anugerah pekerja terbaik semasa sambutan majlis makan malam tahunan (annual dinner) beberapa bulan yang lalu. Lebih hebat lagi ada yang memenagi hadiah terbesar cabutan bertuah sehingga sanggup memeluk Mr. Eng lantaran kegembiraannya dan sebagai tanda terima kasih kerana mendapat hadiah tersebut.

3. Yang menjadi persoalan adakah mereka benar-benar terbaik? Dari sumber-sumber yang diperolehi warehouse department contohnya dengan keadaan susunan barangan yang tidak teratur, tunggang-langgang, kesilapan produk/produk tertinggal dalam penghantaran dan masalah-masalah lain yang sering berulang dan berulang, wajarkan supervisor yang mengetuai department berkenaan digelar supervisor terbaik? Hanya kerana beliau telah bekerja sekian lama dan mampu mendabik dada sebagai pekerja paling senior? Begitu juga production department yang diketuai oleh Ali yang sememangnya diketahui umum sebagai pengampu nombor satu Coolblog. Dengan keadaan pengeluaran yang tidak konsisten, sukatan timbang tidak tepat sehingga menimbulkan aduan dari pelanggan franchaisee, tahap komunikasi dan kerjasama antara pekerja yang kurang memuaskan wajarkah beliau juga digelar pekerja terbaik?

4. Tidak kurang juga dengan kiosk. Setiap kiosk biasanya diketuai oleh seorang supervisor. Mereka juga terdiri daripada pekerja senior berpengalaman yang telah mendapat kepercayaan boss untuk menerajui kiosk-kiosk tertentu. Ada antara kiosk yang memberikan layanan kurang memuaskan kepada pelanggan. Kiosk Coolblog Jusco Tmn Universiti contohnya, ada antara pekerja kiosk yang sering menengking dan memarahi pelanggan yang banyak karenah. Tahukah mereka dalam perniagaan pelanggan adalah raja? Pelanggan berhak mendapat layanan terbaik sesuai dengan wang yang dibayar. Pun begitu supervisor kiosk berkenaan juga dianggap terbaik.

5. Memang benar kesilapan dilakukan oleh para pekerja bawahannya tetapi sebagai ketua atau supervisor, mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak buahnya. Sebab itulah supervisor dibayar gaji lebih untuk memikul tanggungjawab yang lebih. Bukan untuk mendabik dada, berlagak sombong dan bangga kerana dinaikkan pangkat sebagai ketua.

Sunday 14 August 2011

Coolblog Ice blended (Pengenalan)

1. Minuman ice blended coolblog semakin digemari dan sudah mempunyai peminatnya tersendiri di samping keenakkan dan citarasanya yang unik. Setakat ini belum ada mana-mana kiosk ice blended yang mampu menandingi kehebatan rasa minuman coolblog. Kalau kita lihat di mana-mana sahaja kiosk coolblog sentiasa
dikerumuni pelanggan sehingga sanggup berbaris untuk membeli walaupun kadang-kadang terpaksa menerima layanan yang agak kurang memuaskan daripada pekerja kiosk.

2. Syarikat coolblog dibangunkan oleh pasangan suami isteri iaitu Mr. Eng dan Mrs. Pang kira-kira tiga tahun yang lalu dengan kiosk pertama di buka di Sutera Mall, JB. Ia merupakan kiosk pertama di Malaysia yang sebelum ini pernah dibuka di Singapura. Ketika itu pejabat urusan dan warehouse terletak di Taman Bukit Indah, JB. Kini telah beroperasi di Kawasan Perindustrian Tebrau 1 dan telah mempunyai 120 kiosk di seluruh Malaysia termasuk franchaisee walaupun cuma retorik.

3. Mr. Eng dan Mrs. Pang memang pasangan usahawan tulen kerana dalam tempoh kurang tiga tahun syarikat coolblog telah berkembang dengan begitu pesat sehingga bakal memasuki pasaran Arab Saudi tidak lama lagi walaupun sudah tertangguh beberapa kali sehingga menyusahkan para pekerja-pekerja warehouse terutamanya dalam proses penyediaan stok barangan. Difahamkan juga beliau bakal menubuhkan dua lagi syarikat dalam kumpulan coolblog walaupun dalam keadaan syarikat yang sedia pun masih kucar-kacir dari aspek pengurusan warehouse dan pejabatnya.