Sunday 14 August 2011

Coolblog Ice blended (Pengenalan)

1. Minuman ice blended coolblog semakin digemari dan sudah mempunyai peminatnya tersendiri di samping keenakkan dan citarasanya yang unik. Setakat ini belum ada mana-mana kiosk ice blended yang mampu menandingi kehebatan rasa minuman coolblog. Kalau kita lihat di mana-mana sahaja kiosk coolblog sentiasa
dikerumuni pelanggan sehingga sanggup berbaris untuk membeli walaupun kadang-kadang terpaksa menerima layanan yang agak kurang memuaskan daripada pekerja kiosk.

2. Syarikat coolblog dibangunkan oleh pasangan suami isteri iaitu Mr. Eng dan Mrs. Pang kira-kira tiga tahun yang lalu dengan kiosk pertama di buka di Sutera Mall, JB. Ia merupakan kiosk pertama di Malaysia yang sebelum ini pernah dibuka di Singapura. Ketika itu pejabat urusan dan warehouse terletak di Taman Bukit Indah, JB. Kini telah beroperasi di Kawasan Perindustrian Tebrau 1 dan telah mempunyai 120 kiosk di seluruh Malaysia termasuk franchaisee walaupun cuma retorik.

3. Mr. Eng dan Mrs. Pang memang pasangan usahawan tulen kerana dalam tempoh kurang tiga tahun syarikat coolblog telah berkembang dengan begitu pesat sehingga bakal memasuki pasaran Arab Saudi tidak lama lagi walaupun sudah tertangguh beberapa kali sehingga menyusahkan para pekerja-pekerja warehouse terutamanya dalam proses penyediaan stok barangan. Difahamkan juga beliau bakal menubuhkan dua lagi syarikat dalam kumpulan coolblog walaupun dalam keadaan syarikat yang sedia pun masih kucar-kacir dari aspek pengurusan warehouse dan pejabatnya.

No comments:

Post a Comment