Sunday 28 August 2011

Pekerja Bermasalah

1 . Adalah menjadi matlamat syarikat untuk memastikan setiap pekerja Coolblog sama ada kiosk ataupun warehouse bekerja dalam suasana ceria dan happy. Ini diakui sendiri oleh Mr. Eng dalam satu meeting yang mana beliau mengatakan bahawa bajet bukanlah satu masalah besar dalam membawa pekerja bercuti sambil menghadiri kursus seperti yang dilakukan baru-baru ini. Yang penting adalah semua pekerja dapat bekerja dengan happy, ceria tanpa stress dan tekanan.

2. Akan tetapi terdapat segelintir pekerja dalam organisasi Coolblog yang bermasalah menjadi penghalang kepada matlamat itu. Ini kerana pekerja bermasalah terutama yang memiliki pangkat sering memberi tekanan dan stress kepada pekerja bawahannya disamping sikap ego dan gila kuasa yang menebal dalam dirinya.

3. Berdasarkan sumber-sumber dalaman Coolblog, di dalam warehouse department, Ali adalah pekerja paling bermasalah dalam Coolblog. Dengan sikapnya yang kaki ampu, panas baran, gemar memaki hamun dan memburuk-burukkan orang atau pekerja lain selain tidak mahu bekerjasama dengan pekerja yang tidak sebulu dengannya, telah memberi banyak tekanan dan stress kepada pekerja yang lain. Pernah juga dia memaki dan memarahi pemandu lori yang menghantar barang walhal orang itu lebih tua daripadanya hanya kerana pemandu tersebut tidak mahu pakir lori dalam kawasan kilang. Sikap sebegini telah memberi gambaran buruk kepada pihak luar terhadap Coolblog.

4. Seluruh warehouse sudah masak dengan perangai buruknya itu. Apa tidaknya, buat kerja ikut suka, lebih boss daripada boss, suka-suka keluar ikut lori dan kurang mematuhi arahan Mr. Eng dan Mrs. Pang.  Tiada siapa yang berani melawan arahannya kerana takut dikenakan tindakan. Rata-rata pekerja warehouse tidak mahu berkawan dengan Ali dan kalau ada yang layan berbual pun cuma kerana terpaksa atau sekadar untuk menyedapkan hatinya seperti Mohd Nor. Maklumlah supervisor. Hanya Halim (pemandu lori) satu-satunya balaci yang boleh layan dengan perangai Ali. Sebab itulah dia gemar keluar mengikut lori Halim menghantar stok barangan demi mengejar elaun transport walaupun menyedari posisinya adalah supervisor dan bukan kelindan.

5. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai juga, Mr. Eng dan Mrs. Pang sudah lama menyedari tentang hal ini dan diakui juga sudah lama bosan dengan sikap Ali. Kalau kelihatan baik pun sekadar berlakon depan-depan sahaja. Hakikatnya kedua-dua big boss itu hanya menunggu surat resign dari Ali sebagai jalan penyelesaian.


Saturday 20 August 2011

Supervisor Terbaik?

1. Dalam syarikat Coolblog, terdapat beberapa orang penyelia (supervisor) yang dilantik untuk mengetuai beberapa department dan kiosk. Mereka biasanya terdiri daripada pekerja senior yang berpengalaman atau yang mempunyai kelayakan memegang jawatan terbabit. Dengan sedikit kemahiran mengampu atau mengipas sudah cukup untuk diangkat menjadi ketua walaupun kadang kala kurang bijak bila bekerja dalam membuat keputusan. Segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dengan mudah diterima pakai oleh pengarah atau boss walaupun kadang-kadang ada yang berbentuk provokasi atau dengan tujuan menganiaya pekerja lain yang tidak sebulu dengannya.

2. Ada antaranya pernah mendapat anugerah pekerja terbaik semasa sambutan majlis makan malam tahunan (annual dinner) beberapa bulan yang lalu. Lebih hebat lagi ada yang memenagi hadiah terbesar cabutan bertuah sehingga sanggup memeluk Mr. Eng lantaran kegembiraannya dan sebagai tanda terima kasih kerana mendapat hadiah tersebut.

3. Yang menjadi persoalan adakah mereka benar-benar terbaik? Dari sumber-sumber yang diperolehi warehouse department contohnya dengan keadaan susunan barangan yang tidak teratur, tunggang-langgang, kesilapan produk/produk tertinggal dalam penghantaran dan masalah-masalah lain yang sering berulang dan berulang, wajarkan supervisor yang mengetuai department berkenaan digelar supervisor terbaik? Hanya kerana beliau telah bekerja sekian lama dan mampu mendabik dada sebagai pekerja paling senior? Begitu juga production department yang diketuai oleh Ali yang sememangnya diketahui umum sebagai pengampu nombor satu Coolblog. Dengan keadaan pengeluaran yang tidak konsisten, sukatan timbang tidak tepat sehingga menimbulkan aduan dari pelanggan franchaisee, tahap komunikasi dan kerjasama antara pekerja yang kurang memuaskan wajarkah beliau juga digelar pekerja terbaik?

4. Tidak kurang juga dengan kiosk. Setiap kiosk biasanya diketuai oleh seorang supervisor. Mereka juga terdiri daripada pekerja senior berpengalaman yang telah mendapat kepercayaan boss untuk menerajui kiosk-kiosk tertentu. Ada antara kiosk yang memberikan layanan kurang memuaskan kepada pelanggan. Kiosk Coolblog Jusco Tmn Universiti contohnya, ada antara pekerja kiosk yang sering menengking dan memarahi pelanggan yang banyak karenah. Tahukah mereka dalam perniagaan pelanggan adalah raja? Pelanggan berhak mendapat layanan terbaik sesuai dengan wang yang dibayar. Pun begitu supervisor kiosk berkenaan juga dianggap terbaik.

5. Memang benar kesilapan dilakukan oleh para pekerja bawahannya tetapi sebagai ketua atau supervisor, mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesalahan yang dilakukan oleh anak buahnya. Sebab itulah supervisor dibayar gaji lebih untuk memikul tanggungjawab yang lebih. Bukan untuk mendabik dada, berlagak sombong dan bangga kerana dinaikkan pangkat sebagai ketua.

Sunday 14 August 2011

Coolblog Ice blended (Pengenalan)

1. Minuman ice blended coolblog semakin digemari dan sudah mempunyai peminatnya tersendiri di samping keenakkan dan citarasanya yang unik. Setakat ini belum ada mana-mana kiosk ice blended yang mampu menandingi kehebatan rasa minuman coolblog. Kalau kita lihat di mana-mana sahaja kiosk coolblog sentiasa
dikerumuni pelanggan sehingga sanggup berbaris untuk membeli walaupun kadang-kadang terpaksa menerima layanan yang agak kurang memuaskan daripada pekerja kiosk.

2. Syarikat coolblog dibangunkan oleh pasangan suami isteri iaitu Mr. Eng dan Mrs. Pang kira-kira tiga tahun yang lalu dengan kiosk pertama di buka di Sutera Mall, JB. Ia merupakan kiosk pertama di Malaysia yang sebelum ini pernah dibuka di Singapura. Ketika itu pejabat urusan dan warehouse terletak di Taman Bukit Indah, JB. Kini telah beroperasi di Kawasan Perindustrian Tebrau 1 dan telah mempunyai 120 kiosk di seluruh Malaysia termasuk franchaisee walaupun cuma retorik.

3. Mr. Eng dan Mrs. Pang memang pasangan usahawan tulen kerana dalam tempoh kurang tiga tahun syarikat coolblog telah berkembang dengan begitu pesat sehingga bakal memasuki pasaran Arab Saudi tidak lama lagi walaupun sudah tertangguh beberapa kali sehingga menyusahkan para pekerja-pekerja warehouse terutamanya dalam proses penyediaan stok barangan. Difahamkan juga beliau bakal menubuhkan dua lagi syarikat dalam kumpulan coolblog walaupun dalam keadaan syarikat yang sedia pun masih kucar-kacir dari aspek pengurusan warehouse dan pejabatnya.